top of page

6 - Program Islamik?

  • Nov 4, 2015
  • 1 min read

Kita selalu sangat dengan stigma program agama ini maksudnya mesti bersifat spiritual, kuliah maghrib, tazkirah, ada intipati hadis Quran dan sebagainya, tanpa membuka ruang untuk melihat dunia di luar sana.

Sedangkan tanpa kita peduli, nilai-nilai program "motivasi", soft skills (human interaction), business management dan sebagainya, di situ juga ada terlaaaalu banyak nilai Islam.

Hanya sebab program ini tidak berbunyi huruf arab, atau mengandungi sebutan-sebutan ketuhanan, tidak bermakna program ini tidak ke arah Islam.

Bukankah setiap mesej yang baik itu, dekat dengan Islam?

Kalau benar kita fahami Islam itu syumul, maka kita tahu bahawa dalam setiap ilmu di dunia ini boleh dikaitkan dengan nilai Islam. Contohnya soft skills? Rasulullah bagi banyak contoh dan ibrah untuk diambil.

Maka belajar lah!

(jangan salah faham, saya bukan nak cakap kuliah-kuliah maghrib, tafsir hadis itu semua, tak perlu. Bukan. Saya cuma nak cakap yang program training & learning ini juga perlu dipelajari oleh setiap dai'e.

p/s : Salah satu sebab kenapa program-program sebegini tidak menggunakan term-term "Islamik", sebab kita nak sebar juga dakwah kepada non-Muslim. Perkenalkan mesej kebenaran, instead of hanya promosikan kumpulan.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Instagram Social Icon
Contact Us
 

Kajang, Selangor,

Malaysia

 

T : +447835238015

     +60134349302​

 

infiru.learning@gmail.com

  • Facebook - White Circle
  • Twitter - White Circle
  • Instagram - White Circle
Experience Background

Copyright and Rights Reserved. Ownership of Infiru Learning & Consultancy

bottom of page